Little Mix
Little Mix

Little Mix

Little Mix ialah kumpulan penyanyi wanita England yang ditubuhkan pada 2011, terdiri dari Perrie Edwards, Jesy Nelson, Leigh-Anne Pinnock, dan Jade Thirlwall.[1] Mereka dibentuk secara eksklusif untuk rancangan The X Factor musim keelapan yang mana mereka menjadi kumpulan pertama yang memenangi rancangan itu dalam 8 tahun sejarah rancangan ini. Setelah memenangi The X Factor, mereka menerima kontrak rakaman oleh label milik Simon Cowell, Syco Music, dan melancarkan sebuah lagu saduran dari Damien Rice berjudul "Cannonball" sebagai single kemenangan mereka. Pada tahun 2020, Jesy Nelson memutuskan untuk keluar dari kumpulan ini kerana masalah kesihatan mentalnya.Little Mix melancarkan album sulung mereka yang berjudul DNA pada tahun 2012, yang berada di 10 teratas di sepuluh negara termasuk di United Kingdom dan Amerika Syarikay. Ini menjadikan Little Mix sebagai kumpulan penyanyi wanita pertama sejak the Pussycat Dolls yang mempunyai album sulung di lima teratas di AS, dan juga menerima penampilan pertama AS tertinggi di kedudukan album untuk keluaram pertama dari kumpulan penyanyi wanita England, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Spice Girls.[2] Album kedua mereka yang berjudul Salute (2013) menjadi album kedua mereka yang berada di 10 teratas di UK dan AS.[3] Album ketiga mereka, Get Weird, dikeluarkan pada tahun 2015.[4] Album keempat mereka, Glory Days (2016) menjadi album nombor satu pertama mereka di United Kingdom, dan juga meraih album nombor satu paling lama dari kumpulan penyanyi wanita sejak album sulung Spice Girls 20 tahun sebelumnya, dan penjualan minggu pertama tertinggi di penjualan album UK dari sebuah kumpulan wanita sejak 1997.[5] Di England, kumpulan ini mempunyai empat single nombor-satu, termasuk "Wings", "Black Magic" dan "Shout Out to My Ex". Album kelima mereka yang berjudul LM5 dikeluarkan pada 2018 dan mendapat sambutan yang memuaskan. Little Mix telah menjual sebanyak 50 juta salinan rakaman di seluruh dunia, menjadikan kumpulan ini sebagai salah satu dari kumpulan muzik wanita terlaris sepanjang zaman.

Rujukan

WikiPedia: Little Mix http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a11746932 http://www.billboard.com/artist/307628/Little%20Mi... http://xfactor.itv.com/2011/finalists/little-mix http://www.little-mix.com/ http://www.officialcharts.com/chart-news/little-mi... http://www.officialcharts.com/chart-news/the-offic... http://www.huffingtonpost.co.uk/2013/06/05/little-... https://www.capitalfm.com/news/anne-marie-youtube-... https://www.little-mix.com/ https://www.mtvema.com/articles/p0npw2/little-mix-...